Rabu, 23 April 2014

KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR MENARIK 2013


Tahun 2013 yang lepas dipenuhi dengan kegembiraan, kesedihan, kontroversi dan juga, kejutan. Di sini merupakan koleksi gambar-gambar dari tahun lepas bagi membuktikannya. Contoh nombor 1, gambar seorang lelaki berani yang berlari di atas tiang licin dikenali sebagai "gostra" semasa pesta mengenang St.Julian berdekatan, Valletta, Malta.

Gambar diambil sebelum harimau Sumatra tersebut membunuh anak khinzir, dalam gambar ini harimau tersebut kelihatan bermain dengan anak khinzir.


Pemilik sebuah zoo di Filipina membaca cerita sebelum tidur kepada ular peliharaannya di Manila.


Sekumpulan anjing membuat persembahan di Sarkis Kebangsaan Ukraine.


Pesakit Sao Doan dari Hospita Kanak-kanak melihat Spiderman sedang membersihkan tingkapnya di Florida.


Seekor anjing hilang sedang merayau berdekatan kawasan air tercemar di Ahmedabad pada Hari Bumi Sedunia.


Seorang pekerja di Festival Dunia Ais dan Salji Antarabangsa Harbin di China megenakan kostum panda.


Seekor lalat hinggap di dahi Barack Obama semasa beliau memberikan ucapan di White House.


Seekor anak khinzir berdiri di atas bangkai khinzir dewasa semasa banjir di Chongqing, China.


Seekor penguin di zoo Prague, Republik Czech melihat keadaan banjir di luar akuariumnya.


Badan harimau bintang di kedai taksidermi di Czech menerima rawatan akupuntur untuk mengetatkan kulitnya.


Seekor monyet dikelilingi ikan-ikan karp di Hefei, taman haiwan di China.


Kuda dipindahkan dari kapal kargo ke truk di Timur Java, Indonesia.


Seorang penunjuk perasaan cuba mencium anggota polis anti-rusuhan di sebalik protes terhadap pembinaan  kereta api berkelajuan tinggi di antara Lyon dan Turin.


Tiga warga Brazil bertopeng menyertai festival Cavalhadas, tradisi mengenang kemenangan kesatria ke atas Moors semasa Zaman Gelap.


Seorang kanak-kanak India bergantung kepada tali di atas arus Sungai Ganges.


Sekumpulan kangaru bergerak di atas landasan golf semasa pertandingan Handa Terbuka Australia di Canberra, Australia.


Mandira Budhatoki (7 tahun) diambil gambar 118 batu Utara Timur dari Kathmandu, Nepal. Mandira menghidap Congenital Hypertrichosis Lanuginosa atau lebih dikenali sebagai sindrom Serigala Jadian.


Perkhidmatan Hidupan Liar dan Perikanan US merampas tangan gorila dengan kuku dipotong di Baltimore, Maryland.


Sekumpulan individu merapatkan badan mereka ke dalam dinding sebagai sebahagian dari project "Bodies in Urban Space" di Porto, Portugal.


Alga hijau meliputi pantai Qindao di China. Walaupun tampak tidak menyelesakan, alga hijau ini tiada toksik.


Semasa separuh masa perlawanan di antara LA Galaxy dan Seattle Sounders, dinosaur mewakili Musium Sejarah Semulajadi LA turut sama turun padang.


Pope Francis mengambil gambar bersama para remaja di St.Peter Basilica.


Seekor rusa terkandas di atas bumbung di Vernuil-sur-Indre, France.


Semasa musim panas, sungai Elbe di Jerman melimpah keluar. Gambar ini diambil dari Madgeburg.


Seekor harimau peliharaan menjadi tempat berehat seekor chihuahua di Maringa, Brazil.


Kanak-kanak memukul aktivis hak kaum sejenis di Russia, berikutan cadangan undang-undang baru yang akan mengharamkan sebarang perhimpunan kaum sejenis.


Kanak-kanak Palestin berlari dari letupan, dengan membawa AK-47. Setiap tahun, kumpulan ekstremis menganjurkan kem separa tentera musim panas bagi  lebih 10 ribu kanak-kanak.


Bekas Presiden George W. Bush bertentang mata dengan Leftnan Pertama  Tentera US Melissa Stockwell, anggota Tentera US pertan kehilangan anggota badan dalam perang di Iraq. Di sini, Stockwell membaca Ikrar Perkhidmatan.

                             

Seorang kanak-kanak perempuan meratapi kematian presiden Venezuela, Hugo Chavez berkabung semasa majlis pengebumian beliau di Caracas.


Madagascar dipenuhi sekumpulan belalang juta.


Sekumpulan bayi panda dirawat dengan teliti di Tapak Kajian Chengdu untuk Pembiakan Panda Gergasi.


Seorang lelaki memegang dua ekor burung rentung selepas kebakaran di kawasan warga tanpa rumah di Benghazi, Libya.


Warga Afrika Selatan Matt Silver-Vallance melakukan penerbangan sejauh 7km menggunakan belon-belon yang dipenuhi helium untuk mengutip dana dan meningkatkan kesedaran bagi Hospital Kanak-kanak Nelson Mandela.


Masha, beruang berusia 11 tahun berlatih teknik berjalan atas tali semasa latihan di sarkis St.Petersburg.


Seekor buaya bergerak melimpasi acara PGA Jelajah Zurich Klasik di Lousiana.


Di Zoo Malabon Filipina, seekor ular sawa bersandar pada seekor orang utan.


Dua ekor chimpanzi pigmi bersukan di Taman Botanikal Zoologikal Wilhelma di Jerman.


Ahmed,7 tahun berdiri di kubu kuat Tentera Syria Merdeka di Aleppo, sambil menghisap rokok.


Dengan dua pistol menembusi pipi beliau, pembantu di Makam Cina Jui Tui mengambil bahagian dalam festival vegetarian tahunan di Phuket, Thailand.


Pakaian yang dipakai Princess Anna ketika berusia 2 tahun semasa pentabalan Ratu Elizabeth II dipamerkan di Istana Buckingham.


2 singa kelihatan marah selepas ditikam dengan ketulan salji di sebuah zoo di Hangzou.


Sempena perayaan Hari Kekasih di Mexico City, seorang kanak-kanak sedang melukis gambar model yang tidak berpakaian.


Kumpulan Sisters of Consolation memberi sokongan kepada pelumba semasa peringkat kelima Jelajah Perancis.


Semasa hujan lebat dan tanah runtuh di Yingxiu, daerah Sichuan, lebih 300 orang dipindahkan.


Burung pelikan menunggu untuk dibebaskan ke alam di Marlow, timur Jerman. 


Orang membaling bawang semasa Festival Jarramplas di Piornal, Sepanyol.


Polis anti-rusuhan di Sao Paulo, Brazil, cuba mengembalikan ketenteraman berikutan bantahan terhadap kenaikan tambang bas.


Bekas pope dan pope  bertemu di Castel Gandolfo, Itali. 


Rex, manusia bionik pertama di dunia dipamerkan di Musium Sains London. Dilengkapi dengan sistem pengaliran dan darah artifisial, humanoid ini dapat dimiliki dengan nilai USD 1 juta.


Kanak-kanak Rusia menyiram air sejuk ke atas badan mereka walaupun suhu menurun serendah -9.4 darjah Fahrenheit.


Seorang wanita di Kemboja mencukur rambut sebagai mengenang kemangkatan Raja Sihanouk.


Menggambarkan rantai makanan dalam satu gambar, sekumpulan pelajar dari Universiti Delaware menangkap seekor jerung pasir betina dan mendapati seekor "dogfish"(sejenis jerung kecil) di dalam mulutnya.


Peluncur Amerika Garreet McNamara menunggang ombak di Nazare, Portugal.


Lebih 15 ribu pengkhemah mengambil bahagian dalam Festival Berkhemah I Antarabangsa 2013 di Jiangxi daerah Pingxiang.


Joe Boehner mempamerkan sedikit kemesraan semasa menggeltek John Griffin III, anak kepada Wakil US Tim Griffin sejurus pengundian mengenai keselamatan dan penjagaan sempadan.


Abayed, anjing yang ditunjukkan di sini, ditembak tahun sebelumnya dan terus menjadi lumpuh. Sekarang, menggunakan alat bantuan beroda supaya ia dapat terus bergerak di luar.


Sebatang pokok tumbuh di tengah-tengah ribuan tayar terpakai di sebuah pusat kitar semula Perancis.


Semua gambar ini adalah diambil dari Majalah Time. Terima kasih kerana membaca.































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan