Rabu, 25 Jun 2014

S.T.A.L.K.E.R. - Trilogi Repack - R.G. Меchanic


STALKER Trilogy Repack - R.G. Меchanic

S.T.A.L.K.E.R. Shadow of Chernobyl
Penembak pandang-pertama, berlatarkan masa depan, sejurus sahaja bencana di Chernobyl. Pihak berkuasa Rusia dikerahkan menjaga kawasan sekeliling, dan mula mendengar jeritan pelik dan gegaran dari dalam kawasan tersebut. Ramai mulai rasa tertanya-tanya, dan mencuri masuk ke kawasan seluas 30-km untuk melakukan siasatan sendiri. Golongan ini diberi gelaran Stalkers, dan mereka melaporkan apa yang mereka temui kepada pihak berkuasa. Menggabungkan penembak pandang-pertama (FPS), pengembaraan dan genre seram dengan aksi berjalan dan atas kenderaan, STALKER menampilkan 100 watak bukan dimain (NPC), pelbagai senjata, dan mod multi-pemain.


S.T.A.L.K.E.R. Clear Sky

Merupakan permainan penembak pandang-pertama survivalis untuk PC berdasarkan senario "bagaimana jika" mengenai kemalangan Pusat Kuasa Nuklear Chernobyl kedua. Permainan ini direka bagi memberi amaran kepada manusia agar jangan bermain dengan teknologi. S.T.A.L.K.E.R.: Clear Sky merupakan sambungan rasmi kepada permainan ternam S.T.A.L.K.E.R yang dibina GSC World Studio dari Ukraine. Berlatarkan tahun 2011 dan membawa kembali peristiwa yang mendahului kempen ketiga Strelok menuju pusat Zon. Permainan ini memperkenalkan pandangan alternatif kepada peristiwa di dalam STALKER pertama dan menewarkan pemain untuk mencuba menjadi STALKER upahan yang ingin mencari haluan sendiri dalam dunia STALKER. 

S.T.A.L.K.E.R. Call of Pripyat

S.T.A.L.K.E.R.: Call of Pripyat adalah bahagian ketiga dalam siri yang disukai ramai, S.T.A.L.K.E.R. Peristiwa dalam Call of Pripyat terjadi selepas berakhirnya Shadow of Chernobyl. Setelah menemui haluan terbuka kepada pust Zon, pihak kerajaan bercadang untuk menjalankan operasi ketenteraan berskala besar "Fairway" yang bertujuan untuk meletakkan CNPP kembali terkawal.

Berdasarkan pelan operasi, kumpulan tentera pertama menjalankan penyiasatan dari udara untuk menentukan dengan teliti keseluruhan kawasan agar dapat membuat peta lengkap. Selepasa itu, dengan menggunakan peta tersebut, kumpulan utama tentera akan masuk ke kawasan tersebut. Walaupun dengan persediaan rapi dan teliti, operasi itu gagal.Kebanyakan helikopter yang digunakan dalam operasi terhempas. Untuk mengumpul maklumat di sebalik kegagalan operasi ini, Perkhidmatan Keselamatan Ukraine menghantar ejen mereka ke pusat Zon. Dari sini semuanya bergantung kepada pemain...

Keperluan Minimum Sistem

Sistem Operasi: Windows XP (SP3), Windows Vista (SP2), Windows 7
Pemproses: Intel Core2Duo E6400 / AMD 64 X2 4200+
RAM: 2 GB
Video: NVIDIA GeForce 8800GT / ATI Radeon HD 2900 XT dengan 256 MB Memori Video
Bunyi: Sesuai dengan DirectX 9.0c
Ruang Kosong: 14-15 GB untuk setiap game

Jenis: Lossless
Bahasa: Russia, Ukraine, English
Versi: 1.0006, 1.5.10, 1.6.02
Saiz: 6.48 GB




Tiada ulasan:

Catat Ulasan